Sekitar Program SUKANEKA DAN HARI KELUARGA

|
Pelbagai acara telah dipertandingkan sepanjang sehari suntuk program tersebut. Program SUKANEKA ini telah melibatkan 5 buah kampung sekitar yang terdiri dari Kampung Baru Kurong Batang, Kg Syed Omar (Tuan Rumah), Assam Bungkas, Hutan Ketiau dan Sg Batu Pahat.

Turut sama menjayakan program tersebut adalah para anak-anak angkat UNIMAP di kelima-lima kampung tersebut yang sedang mengikuti program Bakti Siswa Perdana di Seluruh Negeri Perlis.

Program ini telah dirasmikan penutupannya oleh YBhg En Rusli bin Mat Husin (Mantan ADUN Bintong) yang mewakili ADUN Bintong (Dato' Seri Dr Md Isa bin Sabu).

Turut sama memeriahkan program, Dato' Seri Mohd Radzi bin Tan Sri Sheikh Ahmad (Ahli Parlimen Kangar).

Hadiah-hadiah bagi para pemenang telah disampaikan oleh YBhg En Rusli bin Mat Husin. Sementara Dato' Seri Mohd Radzi pula diberi kesempatan menyampaikan hadiah-hadiah cabutan bertuah dan melepaskan beberapa acara akhir, termasuk Perlawanan Persembahan Bola Sepak Kampung antara PEMUDA dan VETERAN, sebelum beliau meninggalkan majlis.

KARNIVAL RIA SELINGKAR KASIH 2009

|
Program ini telah melibatkan sebahagian besar kanak-kanak tadika dan Prasekolah seluruh negeri Perlis dalam pertandingan Futsal. Kebiasaanya, kanak-kanak tadika dan prasekolah ini lebih sinonim dengan pertandingan mewarna. Namun kali ini, pendekatan yang agak berbeza telah dibuat. Tahniah kepada pihak penganjur yang telah sedikit sebanyak berjaya membuka minda dan mengubah persepsi masyarakat terhadap aktiviti dan program yang sesuai buat kanak-kanak.

Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Senator Ahmad bin Hussin (Ahli Dewan Negara) mewakili YB Dato' Seri Mohd. Radzi bin Tan Sri Sheikh Ahmad.

PROGRAM MERAKYATKAN SENI DAN BUDAYA

|
Program Merakyatkan Seni ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato' Seri Dr. Md. Isa bin Sabu (Menteri Besar Perlis)

Tempat : Kampung Ujung Bukit, Bintong

Tarikh : 19hb Julai 2009

Anjuran : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perlis

MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN KANGAR 2009

|
Sekitar Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kangar yang berlangsung di Hotel Putra Palace Kangar pada 19hb Julai 2009. Persidangan telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohd Radzi bin Tan Sri Sheikh Ahmad (Ahli Parlimen Kangar).
Turut hadir pada persidangan kali ini adalah Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang mewakili Ketua Puteri UMNO Malaysia.

Persidangan turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Seri Dr Md Isa bin Sabu (Menteri Besar Perlis merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kangar) bersama Isterinya.

MAJLIS GABUNGAN NGO NEGERI PERLIS

|
Sekitar MAJLIS GABUNGAN NGO NEGERI PERLIS Bersama
YAB Dato' Seri Dr Md Isa bin Sabu (Menteri Besar Perlis) dan YBHG Dato' Shahlan bin Ismail (Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia) di Dewan Sivik, Arau Perlis pada 18hb Julai 2009.