Program Pemimpin Bersama Rakyat di RPA Simpang Empat 31-01-2010
Siri Program Pemimpin Bersama Rakayat YAB Menteri Besar Perlis diteruskan. Kali ini RPA Simpang Empat menjadi tuan rumah.
Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan Menteri Besar dengan penduduk setempat.
Walaupun program yang dianjurkan ini nampak sederhana, namun apa yang patut kita banggakan adalah perpaduan, kesepakatan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para penduduk di sini.
Program yang melibatkan semua lapisan masyarakat ini, bukan sahaja dihadiri oleh penduduk-penduduk Melayu, malahan turut melibatkan kaum Cina dan India. Ini sangat bertepatan dengan Gagasan Satu Malaysia yang disaran oleh YAB Perdana Menteri kita.
Program yang dianjurkan bersama oleh Pengerusi JKKK dan Pengerusi KRT RPA Simpang Empat serta Jawatankuasa masing-masing pada kali ini lebih berkonsepkan Program Ramah Mesra dan Kebajikan.
Seramai 50 orang menerima sumbangan berupa hamper dan beras sempena program ini.
YAB Menteri Besar dalam ucapannya menegaskan supaya kita bersatu walaupun berbeza kaum, budaya dan agama selaras dengan konsep 1 Malaysia dan saling menjaga hubungan sesama manusia.
Katanya lagi, kemajuan dan kebahagiaan hanya boleh dicapai jika kita bersatu.
YAB turut menyampaikan sumbangan pada program tersebut, kepada 50 orang penduduk yang terdiri daripada anak-anak yatim, warga emas, orang-orang sakit dan OKU.
Acara cabutan bertuah turut menjadi acara sampingan bagi memeriahkan program.
* Turut hadir:
Datin Seri Asiah, Dato' Mastika, YB Tuan Jafperi, SU Sulit MB, SU Politik MB, Ketua Puteri, Wakil MCA, Wakil MIC, Penyelaras DUN Simpang Empat, Ketua Balai Polis Simpang Empat
Pemimpin Perlu Terus Jadi Juara Rakyat
ARAU 24 Jan. - Para pemimpin UMNO di negeri ini diingatkan supaya tidak menjadi juara parti semata-mata sebaliknya perlu menjadi 'juara rakyat' bagi memastikan sokongan berterusan terhadap kerajaan untuk membangunkan negara.
Justeru itu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, semua pihak perlu berganding bahu dan mengelak daripada bersikap ungkit-mengungkit ke atas sebarang perbezaan yang timbul.
"Kalau kita sibuk mencari perbezaan, sampai bila pun perkara ini tidak habis sedangkan kita perlu mencari jalan untuk menyatupadukan rakyat agar Barisan Nasional (BN) boleh terus menerajui negeri ini," katanya.
Beliau berkata, usaha membela nasib rakyat tidak seharusnya dilihat kepada parti sebaliknya ia perlu difokuskan terhadap semua anggota masyarakat.
"Kalau kita hendak bantu rakyat, bantu juga mereka yang susah kerana bagi mereka siapa yang tolong mereka itulah parti mereka," ujar beliau.
Md. Isa berkata demikian selepas merasmikan program Jom Kita Pi Timba Telaga Bersama MB di Kampung Sungai Berembang, di sini hari ini.
Beliau juga mengingatkan pemimpin di negeri ini agar selalu bertemu rakyat bagi mengukuhkan lagi perpaduan kaum di samping mengenal hati budi mereka.
"Jika kita kerap bertemu setiap lapisan masyarakat sudah pasti merapatkan hubungan malah segala syak wasangka yang timbul akan dapat dilenyapkan," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, tradisi 'timba telaga' yang menjadi budaya penduduk kampung untuk merapatkan hubungan pada masa dahulu perlu diwujudkan semula.
Program 'timba telaga' ialah aktiviti mengeringkan air dari lubuk ikan dan hasilnya dibahagi-bahagikan di antara penduduk yang terlibat dalam aktiviti tersebut.
"Jika kita lihat pada masa dahulu, tradisi inilah yang menyatukan semua penduduk kampung termasuk kaum keluarga tidak kira yang jauh ataupun yang dekat," katanya.
Beliau juga mahu tradisi itu turut membabitkan golongan bukan Melayu yang tinggal berhampiran agar dapat mengukuhkan perpaduan dan harmoni pelbagai kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.
UTUSAN MALAYSIA - 25/01/2010

Majlis Bicara : Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis
Anjuran : Persatuan Melayu Perlis (PEMANIS) dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Perlis
Tarikh : 23 Januari 2010
Tempat : Auditorium Taman Budaya Kangar
Masa : 09.00 Pagi
Perasmian : YAB Dato' Seri Dr. Md Isa bin Sabu (Menteri Besar Perlis)
Tarikh : 23 Januari 2010
Tempat : Auditorium Taman Budaya Kangar
Masa : 09.00 Pagi
Perasmian : YAB Dato' Seri Dr. Md Isa bin Sabu (Menteri Besar Perlis)
Kucai Buboq Lagi
Sultan Johor Mangkat
JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail disahkan mangkat hari ini.
Baginda disahkan mangkat pukul 7.15 malam semasa dirawat di Hospital Pakar Puteri.
Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam ini.
UTUSAN MALAYSIA
----------------------------------------
Sembah takziah dari seluruh Rakyat Jelata Negeri Perlis Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor yang telah Mangkat. Semoga Almarhum DYMM ditempatkan bersama golongan mereka yang beriman.
Program Kacau Bubur Asyura Wanita Bintong
Program : Kacau Bubur Asyura
Anjuran : Pergerakan Wan1ta UMNO Kawasan Bintong
Tempat : Taman Dato' Jaafar, Bintong
Masa : 08.30 Pagi
*Majlis diserikan dengan kehadiran YAB Menteri Besar dan Isteri
Anjuran : Pergerakan Wan1ta UMNO Kawasan Bintong
Tempat : Taman Dato' Jaafar, Bintong
Masa : 08.30 Pagi
*Majlis diserikan dengan kehadiran YAB Menteri Besar dan Isteri
Pertandingan Memancing Kategori Pantai 2010
Program : Pertandingan Memancing Kategori Pantai 2010
Tempat : Persisiran Pantai, Kuala Perlis
Masa : 10.00 Pagi
Anjuran : Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kangar
* Program dirasmikan oleh YB Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir (Ahli Parlimen Jerlun)
* Hadiah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Dr Md Isa bin Sabu (Menteri Besar Perlis)
Program Kebun Dapur
MAJLIS PELANCARAN KEBUN DAPUR UMNO BAHAGIAN KANGAR
Tarikh : 16 Januari 2010
Tempat : Kampung Jarak, Bintong
Masa : 02.30 Petang
Anjuran : Pergerakan UMNO Bahagian Kangar
Tarikh : 16 Januari 2010
Tempat : Kampung Jarak, Bintong
Masa : 02.30 Petang
Anjuran : Pergerakan UMNO Bahagian Kangar
Bacaan Doa Memohon Keberkatan Majlis
Ucapan Aluan Oleh YBhg Encik Bakar bin Saad
Ucapan Oleh Encik Azmi (Wakil Pengarah Pertanian Negeri Perlis)
Ucapan Oleh YB Dato' Seri Mohd Radzi (Ahli Parlimen Kangar)
Ucapan Perasmian Oleh YAB Dato' Seri Dr Md Isa (Menteri Besar Perlis)
Antara Hadirin Yang Hadir
Pengagihan Benih Sayuran Oleh YAB Menteri Besar Kepada
Wakil-Wakil DUN Dalam Parlimen Kangar
Kepada YB Dato' Seri Mohd Radzi dan YAB Dato' Seri Dr Md Isa
Oleh YBhg En Bakar bin Saad
(Pengerusi Biro Pertanian UMNO Bahagian Kangar)
Orang Ramai Yang Hadir Tidak Melepaskan Peluang Mendapatkan
Benih Sayuran Yang DiAgihkan Jabatan Pertanian
Subscribe to:
Posts (Atom)