Program JUARA RAKYAT Parlimen Kangar - Bulan Kebajikan

|
YAB Menteri Besar Perlis ketika menyampaikan sumbangan sempena Program JUARA RAKYAT Parlimen Kangar baru-baru ini.

Majlis Taklimat Daftar Pemilih dan Keahlian UMNO Biro Penerangan UMNO Bahagian Kangar Kepada Kepimpinan UMNO di Bintong

|

Program : Taklimat Daftar Pemilih dan Keahlian UMNO Kepada Kepimpinan UMNO di Bintong

Tempat : Behor Empiang, Bintong

Tarikh : 15hb Februari 2010

Masa : 04.00 Petang

Anjuran : Biro Penerangan UMNO Bahagian Kangar


Forum Ekonomi Melayu

|

Program : Forum Ekonomi Melayu - Cabaran Dan Halatuju Ekonomi Melayu

Tempat : Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

Tarikh : 20hb Februari 2010

Dirasmikan Oleh : YB Bato' Mukhriz bin Tun Mahathir

Anjuran : DPMM Negeri Perlis


Kursus Pemidato Untuk Kepimpinan WANITA UMNO

|

Program : Kursus Pemidato Kepimpinan Wanita UMNO Peringkat Zon Utara

Tempat : Tasoh Lake Resort, Padang Besar, Perlis

Tarikh : 17 - 20hb Februari 2010


Usung Rumah Masih Diamal di Perlis

|
Md. Isa Sabu (tengah) bersama penduduk kampung mengambil masa 15 minit mengusung rumah Ramli Ismail untuk dipindahkan ke tapak baru di Kampung Wang Belimbing, Kangar, semalam. – BERNAMA

KANGAR 7 Feb. – Apabila Ramli Ismail mahu memindahkan rumah papannya, beliau menghebahkan hasratnya kepada penduduk Wang Belimbing.

Jumaat lepas, beliau memaklumkan hasratnya di masjid dan memberitahu rakannya dan penduduk di situ apabila menemui mereka termasuk berkunjung dari rumah ke rumah.

Hari ini, lebih daripada 250 penduduk kampung berkumpul seawal 7 pagi bagi memindahkan rumahnya yang terletak di pinggir bukit secara mengusungnya beramai-ramai ke lokasi baru sejauh kira-kira 10 meter dari tapak asal.

Usaha itu turut disertai Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bintong, Rusli Mat Hussin.

Md. Isa turut membantu memasang buluh pada bahagian bawah rumah bertiang itu untuk memudahkan kerja-kerja mengusung.

Kegiatan usung rumah secara tradisional ini masih dipraktikkan di Perlis.

Ramli, 44, yang ditemui berkata, rumah berusia lebih 40 tahun itu dibeli daripada seorang penduduk tempatan dengan harga RM600 untuk diduduki salah seorang anaknya.

Ramli yang bekerja sendiri itu bersyukur kerana kegiatan seumpama itu telah merapatkan hubungan penduduk tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

Selepas selesai kerja mengusung rumah, orang ramai disajikan dengan jamuan yang disediakan secara gotong-royong oleh penduduk.

Katanya, kegiatan gotong- royong dan mengusung rumah di Wang Belimbing sentiasa segar dan Jumaat lalu, sebuah rumah penduduk kampung itu telah diusung secara bergotong-royong.

Selain rumah, mereka turut mengusung sebuah jelapang padi secara bergotong-royong di lokasi yang sama.

Sebelum ini kegiatan usung rumah pernah berlangsung di Kampung Katong dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Pauh serta Kampung Jarak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bintong.


BERNAMA