Sekitar Program SUKANEKA DAN HARI KELUARGA

|
Pelbagai acara telah dipertandingkan sepanjang sehari suntuk program tersebut. Program SUKANEKA ini telah melibatkan 5 buah kampung sekitar yang terdiri dari Kampung Baru Kurong Batang, Kg Syed Omar (Tuan Rumah), Assam Bungkas, Hutan Ketiau dan Sg Batu Pahat.

Turut sama menjayakan program tersebut adalah para anak-anak angkat UNIMAP di kelima-lima kampung tersebut yang sedang mengikuti program Bakti Siswa Perdana di Seluruh Negeri Perlis.

Program ini telah dirasmikan penutupannya oleh YBhg En Rusli bin Mat Husin (Mantan ADUN Bintong) yang mewakili ADUN Bintong (Dato' Seri Dr Md Isa bin Sabu).

Turut sama memeriahkan program, Dato' Seri Mohd Radzi bin Tan Sri Sheikh Ahmad (Ahli Parlimen Kangar).

Hadiah-hadiah bagi para pemenang telah disampaikan oleh YBhg En Rusli bin Mat Husin. Sementara Dato' Seri Mohd Radzi pula diberi kesempatan menyampaikan hadiah-hadiah cabutan bertuah dan melepaskan beberapa acara akhir, termasuk Perlawanan Persembahan Bola Sepak Kampung antara PEMUDA dan VETERAN, sebelum beliau meninggalkan majlis.

0 comments:

Post a Comment