Semarak JALUR GEMILANG - 29 OGOS 2009

|
Program ini bertujuan untuk memberi bendera secara PERCUMA kepada orang ramai, dalam usaha menyemarakkan kibaran JALUR GEMILANG sempena Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2009.

Program yang dibuat di laluan tumpuan orang ramai di Tapak Letak kereta Kompleks Stadium Utama Negeri ini mendapat sambutan yang sangat baik.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Perlis ini telah disempurnakan pelancarannya oleh YAB Menteri Besar Perlis, Turut sama dalam majlis tersebut adalah YB Exco Belia dan Sukan Negeri Perlis.

Program ini juga mendapat kerjasama yang baik dari BERNAMA, Jabatan Penyiaran Negeri Perlis dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis.



0 comments:

Post a Comment