Program Pemimpin Bersama Rakyat di RPA Simpang Empat 31-01-2010

|

Siri Program Pemimpin Bersama Rakayat YAB Menteri Besar Perlis diteruskan. Kali ini RPA Simpang Empat menjadi tuan rumah.

Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan Menteri Besar dengan penduduk setempat.

Walaupun program yang dianjurkan ini nampak sederhana, namun apa yang patut kita banggakan adalah perpaduan, kesepakatan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para penduduk di sini.

Program yang melibatkan semua lapisan masyarakat ini, bukan sahaja dihadiri oleh penduduk-penduduk Melayu, malahan turut melibatkan kaum Cina dan India. Ini sangat bertepatan dengan Gagasan Satu Malaysia yang disaran oleh YAB Perdana Menteri kita.

Program yang dianjurkan bersama oleh Pengerusi JKKK dan Pengerusi KRT RPA Simpang Empat serta Jawatankuasa masing-masing pada kali ini lebih berkonsepkan Program Ramah Mesra dan Kebajikan.

Seramai 50 orang menerima sumbangan berupa hamper dan beras sempena program ini.

YAB Menteri Besar dalam ucapannya menegaskan supaya kita bersatu walaupun berbeza kaum, budaya dan agama selaras dengan konsep 1 Malaysia dan saling menjaga hubungan sesama manusia.

Katanya lagi, kemajuan dan kebahagiaan hanya boleh dicapai jika kita bersatu.

YAB turut menyampaikan sumbangan pada program tersebut, kepada 50 orang penduduk yang terdiri daripada anak-anak yatim, warga emas, orang-orang sakit dan OKU.

Acara cabutan bertuah turut menjadi acara sampingan bagi memeriahkan program
.


* Turut hadir:

Datin Seri Asiah, Dato' Mastika, YB Tuan Jafperi, SU Sulit MB, SU Politik MB, Ketua Puteri, Wakil MCA, Wakil MIC, Penyelaras DUN Simpang Empat, Ketua Balai Polis Simpang Empat

0 comments:

Post a Comment